BBT - Body Basal Temperature
Bismillah.
Salah satu cara untuk try to conceive (ttc) ialah dengan merekodkan BBT. Sebenarnya saya juga masih baru dlm ber-BBT. Saya join group BaBy Tree (BBT) group di Facebook untuk dapatkan pelbagai info. Korang mestilah download apps Fertility Friend untuk rekod suhu.
Secara ringkasnya BBT (Body Basal Temperature / Suhu Badan Asas) ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti hari subur/ovulasi dengan lebih tepat. Selain itu, BBT ni juga banyak kelebihannya di samping membantu kita untuk memahami sistem reproduktif tubuh badan sendiri.
Langkah-Langkah Awal Untuk Ber-BBT
1) Mula-mula sekali mesti nak kena ada thermometer (boleh beli di farmasi atau online). Sebaiknya gunakan yang digital dan adalah lebih bagus yang specific untuk BBT (2 decimals) sebab ianya lebih tepat kerana mempunyai 2 digit selepas titik perpuluhan.
Walau bagaimanapun digital thermometer yang biasa (1 decimal a.k.a 1 titik perpuluhan) masih boleh diguna pakai cuma ketepatannya mungkin agak berkurangan sedikit (tak dapat tengok perubahan suhu iaitu penurunan dan peningkatan suhu.
Ada kemungkinan akan dapat suhu yang flat atau statik. Jika thermometer classic (kaca) pula yang digunakan, thermometer hendaklah digoncang setiap malam sebelum tidur. Ini untuk memastikan raksa dalam thermometer tersebut akan kembali ke tempat asal.
2) Mulakan ambil suhu pada hari pertama datang period. Hari pertama (CD 1) biasanya diambil kira bila darah period dah flow bukan spotting.
3) Ambil suhu sejurus bangun tidur sebelum lakukan sebarang aktiviti termasuk bercakap. Bermakna buka je mata terus ambil suhu. Sebaiknya thermometer diletakkan berdekatan dengan tempat tidur, supaya mudah nak ambil. Kedudukan thermometer masa temping pun kena konsisten setiap hari.
Ada 3 cara untuk ambil suhu, sama ada:
i) Di bawah lidah (orally)
ii) Melalui vagina (vaginally)
iii) Melalui dubur (rectally)
4) Pastikan tidur cukup sekurang-kurangnya 3 jam dan cuba disiplinkan diri untuk ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari. Kalau dapat set alarm lagi bagus. Tapi kalau setakat terawal atau terkurang setengah jam, suhu masih boleh diguna pakai. Suhu paling awal yang boleh diambil pukul 3 pagi ke atas kecuali yang bekerja shift (nanti share pasal ni).
0 Comments