OPK (Ovulation Predictor Kits)

by - September 28, 2018

OPK ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengesan kehadiran Luteinizing hormone (LH) di dalam urine. LH inilah yang diperlukan dalam proses penetasan telur. kebiasaanya sebelum telur yang matang menetas (ovulasi), akan berlaku lonjakan atau peningkatan yang mendadak pada LH dan pada waktu inilah ianya dapat dikesan pada OPK.

Tips Menggunakan OPK:


  1. OPK dibuat apabila kita sudah memasuki fertile window phase, iaitu bermula dari 3 hari sebelum ovulasi berlaku.
  2. Jangan gunakan urine pada waktu pagi, advisable dibuat pada pukul 2pm atau sekurang-kurangnya dibuat dalam lingkungan pukul 1pm-8pm.
  3. Digalakkan untuk tidak minum air dalam kuantiti yang banyak sebelum ujian dibuat.
  4. Sebaiknya elak mengulangi ujian setelah OPK positive dikesan untuk mengelakkan kekeliruan.
  5. PCOS cenderung untuk mendapat keputusan false positive.
  6. Kebiasaannya ovulasi akan berlaku selepas 12-36 jam OPK positive dan ianya dapat dikesan apabila berlakunya peningkatan suhu pada BBT.
  7. OPK dianggap positive apabila line T akan lebih atau sama terang dengan line C.

You May Also Like

0 Comments