After Laparoscopy Operation
Bismillah.
Suami maklumkan yang operation saya selesai sekitar jam 10.30 pagi. Saya hanya sedar ketika saya diangkat untuk berpindah katil di wad. Masih dalam keadaan bersisa bius. Mata saya hanya terbuka kecil dan nampak suami di sisi. Rasa lega dan akhirnya saya terlena kembali.
Terjaga dari tidur kerana kehausan. Saya minta air dari suami. Namun saya tidak dibenarkan minum sehingga jam 4.30 ptg atas faktor-faktor tertentu. Pesakit hanya boleh minum dan makan makanan yang diberi oleh pihak klinik sahaja.
Selepas azan Asar berkumandang, nurse hantar air suam. Rasa lega tuhan je yang tahu.
Suami dikehendaki bertemu dengan Dr Hamid. Dr Hamid explain satu persatu. Katanya, cysts saya dah teruk stage 4. Nasib baik ambil keputusan untuk operate. Tiub kiri dan kanan alhamdulilah clear dan tak tersumbat.
Bila dengar suami cerita semula apa yang Dr Hamid bagitahu, rasa lega sebab tiub tak bermasalah. Risau juga kalau tiub tersumbat.
Nurse bagi air milo suam dan bubur. Tapi tak selera nak makan sebab semalaman berpuasa dan perut dah masuk angin. Nurse pesan suruh alas perut sebab saya kena makan ubat.
First attempt minum air milo sikit je. Guna straw dan suap ke mulut. Lepas minum air milo, muntah banyak kali sampai badan dah tak larat. Waktu muntah tu, suami dah keluar untuk solat maghrib. Saya keseorangan. Ya Allah, sakit sangat rasa sebab operate bahagian perut. So bila muntah bahagian perut tu rasa tertekan.
Saya lap muntah menggunakan tisu yang diletakkan di meja tepi katil. Saya tekan bell yang disediakan banyak kali sehinggalah nurse datang. Saya maklumkan dekat nurse yang saya muntah dan nurse datang semula bawa bekas.
Suami pun datang semula setelah selesai solat maghrib. Bila tengok muka suami, rasa lega sebab dialah sumber kekuatan yang saya ada.
Bila dah malam, nurse datang untuk bagi saya ubat. Again, saya muntah non stop tiba-tiba sampai dah tak de apa yang keluar. Sampai lencun baju bahagian kiri. Air muntah pun warna pelik. Nurse naik risau tengok saya. Nurse offer untuk tukarkan baju baru tapi saya tak nak sebab nak bangun pun saya tak larat.
Pelawat hanya dibenarkan berada di wad sehingga 8.30 malam. Suami pun pulang ke rumah.
Saya cuba rehat, tapi susah nak lelapkan mata. Bahagian wad kiri saya bising dengan suara kanak-kanak bermain, bahagian kanan pula suara pesakit meronta kesakitan. Lemah longlai rasa badan sebab kurang rehat dan muntah tadi.
Nurse datang ke wad saya untuk check up yang terakhir. Nurse masukkan ubat di punggung. Selepas ubat dimasukkan, akhirnya saya terlena sehingga subuh tanpa terjaga-jaga.
Kesimpulannya, operate cysts kesakitannya masih boleh ditanggung. Yang menyebabkan sakit ialah bila perut tertekan akibat muntah, bersin atau ketawa.
0 Comments