Second Appointment - Klinik Dr Hamid Arshat

by - January 08, 2018

Bismillah.

Hari ni 8/11/2017 (Rabu) appointment direct jumpa Dr Hamid. Nak discuss mengenai cysts yang dapat detect waktu first appointment.

Disebabkan kedudukan rahim saya yang agak kebelakang (retroverted uterus) dan ada cysts, Dr Hamid cadangkan untuk saya jalani pembedahan laparoscopy.

Fungsi pembedahan laparoscopy ni untuk tarik dan jahit rahim bagi ke depan dan untuk buang cyts. Retroverted Uterus doktor maklumkan memang ciptaan semula jadi. Tapi dengan membawa ke hadapan akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Dr Hamid maklumkan tarikh pembedahan full booked sehingga bulan 2 2018. Jadi Dr Hamid minta consult dengan assistant untuk set date appointment yang ada kekosongan jika saya nak buat laparoscopy.

Untuk pembedahan laparoscopy, boleh buat pilihan nak buat di klinik mana.

Jika ingin menggunakan insurans, kos pembedahan RM16k di Hospital Pantai Medical Centre Bangsar. Tapi kalau bayar menggunakan duit sendiri tanpa insurans, boleh buat dengan Klinik Dr Hamid di Damansara dengan hanya RM8k sahaja.

Sementara menunggu untuk tarikh pembedahan, Dr Hamid beri list ubat untuk saya (Obimin) dan suami (Doxycycline dan Flagyl) untuk makan dulu bagi antibody dan hormon seimbang.

Total cost untuk appointment hari ni:

1) Consultation Fee - RM150
2) Obimin - RM15
3) Doxycycline - RM10
4) Flagyl - RM10
5) Parking - RM5

TOTAL = RM190

You May Also Like

2 Comments

  1. salam hi 👋 nak tanya 16k tu insurans cover atau cash?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hi. 16k insurance cover. Kalau takde insurance, RM8k cash duit sendiri

      Delete