Laparoscopy Operation
Bismillah.
Hari yang ditunggu telah tiba.
Saya bangun pukul 5.45 pagi. Pergi tandas nak mandi and tengok darah period dah keluar setitik. Baru sangat period.
Based on calendar, 23/12/17 memang tarikh hari ni sepatutnya saya period. Saya gunakan apps Clues di phone untuk record period cycle.
Nasib baik dah Google awal-awal yang Laparoscopy memang boleh proceed even you period. Don't worry. Anyhow, you still will bleeding after operation.
Selepas encik suami selesai solat subuh, kami pun bertolak ke klinik. Sampai awal pukul 7.15 am. Naik atas, tengok klinik masih belum buka lagi. Nasib baik level bawah ada kedai mamak. Boleh encik suami sarapan alas perut dulu.
Jadi kami pun tunggulah sampai pukul 8.15 am then naik ke atas. Tengok dah ada 2 couple tengah menunggu. Tapi nurse tak nampak lagi dekat kaunter, tengah busy siapkan apa yang patut. So kami just drop kad appointment dalam bakul.
Nurse panggil nama sorang-sorang untuk isi "Consent Letter".
Saya orang yang ketiga operate.
Nurse panggil untuk ke bilik yang dipisahkan by partition untuk salin baju. Semua baju perlu ditanggalkan dan hanya pakai pakaian yang dibagi sahaja. Selesai tukar baju, saya dan suami menunggu.
![]() |
| Wad di Klinik Dr Hamid Arshat |
Jam 9.30 pagi, nama saya dipanggil. Saya ke ruangan bedah. Naik ke atas katil seperti yang diarahkan. Saya tengok ramai yang ada diruangan bedah. Dalam hati saya berzikir dan berdoa agar semua lancar. Nervous. Suami diarahkan untuk tunggu di ruangan menunggu dan akan dipanggil semula setelah saya selesai operation.
Pakar bius cucuk jarum di tangan kanan. Selesai jarum dicucuk, saya disuruh untuk sedut bius yang ditekup diruangan hidung. Mata saya start mengecil dan akhirnya, tidur tanpa sedar apa yang berlaku. Nasib baik senang jumpa urat.
![]() |
| Ni jarum yang dicucuk oleh pakar bius. Saya snap gambar one day after operation. |
Total cost untuk hari ini termasuk deposit ialah RM8,000.


0 Comments