Do and Don't Before Laparoscopy
Bismillah.
Sebelum pembedahan laparoscopy, ada certain pekara yang perlu dibuat.
Disebabkan saya buat di Klinik Dr Hamid Arshat dekat Damansara, saya tak di "warded" one day before operation. Jadi kena buat sendiri certain perkara based on list yang dibagi. Antaranya ialah:
1) Puasa start jam 12 malam sebelum hari operation. Selepas jam 3 pagi jangan makan atau minum.
2) Shave private part sebersih bersihnya.
3) Tanggalkan semua aksesori (cincin, gelang, rantai dll)
4) Ambil ubat enema (cucuk kat punggung untuk mudah buang air besar)
Ubat enema ni cari je dekat mana-mana farmasi. InsyaAllah ada. Saya beli RM5 ada 5 pcs. Tapi guna satu je.
Actually malam sebelum operation, tiba tiba perut memulas nak buang air besar tapi tak rasa sakit. Asyik keluar masuk tandas. Allah permudahkan betul. Habis licin semuanya. Jadi lepas dah buang air besar, saya cucuk enema. Tapi cucuk enema tak de kesan sebab semua dah keluar secara normal.
Then terus masuk tidur awal sebab nak pastikan badan cukup rehat.
0 Comments