Set Appointment For Laparoscopy
Bismillah.
Setelah mengambil masa selama 6 hari berfikir selepas appointment dengan Dr. Hamid Arshat, saya ambil keputusan untuk buat pembedahan laparoscopy.
Bila difikirkan balik, if buat iui pun kalau kedudukan rahim kebelakang dan ada cysts, peluang untuk hamil sangatlah nipis. Sebab rahim dah kotor dengan cysts. Jadi the best solution ialah bersihkan rahim terlebih dahulu.
Saya email siti25103@gmail.com untuk tahu tarikh yang ada kekosongan dan berharap agar operation dapat dibuat dalam masa terdekat.
Alhamdulilah, ada kekosongan pada 23 Disember 2017 sebab ada yang cancel appointment.
Jadi saya terus buat bayaran deposit untuk lock tarikh tersebut. Minimum amount untuk bayaran deposit ialah RM1,000.
Lega rasa dah ada exact tarikh untuk operation. Kalau tak, asyik terfikir-fikir je.
Saya pilih untuk buat operation direct dengan Klinik Dr Hamid Arshat di Damansara sebab saya tak ada insurans dan bayar guna duit sendiri.
Sekarang dah start rasa nervous dan banyak baca blog mengenai pengalaman orang yang dah melalui pembedahan laparoscopy. Atleast boleh prepare mental dan psychical.
0 Comments