One Day After Laparoscopy Operation
Bismillah.
Selepas terjaga dari tidur, just duduk kat katil menghitung waktu bila encik suami nak sampai sebab nurse pesan semalam yang jam 8.30 pagi saya dah boleh balik.
Bila tengok saya dah bangun, nurse pun datang bawa air milo dan bubur untuk sarapan. Tapi saya masih tak berani nak makan sebab takut muntah.
![]() |
| Bubur, Air Milo Suam dan Air Suam |
Disebabkan agak lama nurse tengok saya tak makan, nurse tanya sama ada saya nak sarapan dulu or bersihkan badan. Saya pilih untuk bersihkan badan. Tiub saluran urine saya dicabut. Nurse pun bawa saya ke tandas. Selepas bersihkan diri, saya kembali ke katil. Rasa selesa bila dah bersihkan diri. Yelah, sebab semalam tidur dengan baju yang dah terkena muntah akibat saya tak larat nak bangun tukar baju bersih.
Nurse datang semula untuk check up. Tiub yang disalurkan di bahagian kiri badan dimasukkan air. Setelah air dimasukkan, syringe ditarik semula. Darah cair keluar banyak. Saya tanya nurse fungsi tiub tu and nurse cakap semuanya okay jika darah cair. Jika terdapat ketulan darah pekat, kemungkinan ada bleeding di bahagian operation.
| Ni tiub yang disalurkan ke bahagian kiri badan. Darah cair banyak keluar. |
Nurse bersihkan luka tempat operate di perut dan tampal plaster.
Saya pun bersarapan. Walaupun sikit, tapi kena alas perut juga sebab nak kena makan ubat. Encik suami pun tiba di klinik. Nurse prepare document dan ubat-ubatan untuk saya discharge.
![]() |
| Ubat yang kena makan |
Antara pesanan nurse ialah:
1) Buka balutan plaster 27/12/17 (Hari ke lima selepas operation)
2) Dah boleh mandi seperti biasa selepas plaster dibuka tapi jangan sabun kawasan luka operate
3) Pastikan luka operate sentiasa dalam keadaan kering
4) Makan ubat ikut jadual yang ditetapkan
5) Hanya makan makanan yang berkhasiat sahaja
Nurse juga set kan tarikh appointment pada 4/1/2018 untuk buka jahitan operate.
Saya minta salinan CD operation saya sebab nak tengok condition cysts yang dibuang. Selesai semua perkara, saya pun pulang ke rumah. Alhamdulilah.


0 Comments