Set Appointment With Klinik Dr Hamid Arshat

by - January 08, 2018

Bismillah.

Setelah baca review dari pelbagai sumber terutamanya blog dan facebook, akhirnya nekad untuk set appointment dengan pakar gynae yang terkenal dan telah merawat ramai yang mengalami masalah kesuburan; Dr Hamid Arshat. Lama dah keep follow Dr Hamid.

Setelah kisah Mawar Fareeda tersebar berubat dengan Dr Hamid, lagi menguatkan naluri nak jumpa Dr Hamid. Bukan senang tau nak pilih pakar gynae. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutamanya dari segi lokasi sebab akan melibatkan masa (kena apply cuti kerja) dan kos rawatan sebab kos rawatan untuk masalah kesuburan agak mahal jika di klinik swasta.

Based on baca comment di FB Dr. Hamid, ramai yang complaint nak set appointment sangat susah dan call tak berangkat. Jadi saya try alternative lain iaitu menggunakan whatsapp.

Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan. Setelah beberapa hari menunggu, pihak klinik hubungi saya dan beri tarikh untuk appointment. Ni details untuk contact dyorg:

Klinik Dr Hamid Arshat
Kompleks YJN Bukit Jalil
No Tel Klinik: 03-777 33411 /  03- 777 32911
Whatsapp: 011- 1633 7025 / 011-1633 9975

InsyaAllah walaupun lewat reply, tapi pihak klinik akan hubungi semula. Waktu send whatsapp, jangan lupa mention nak set appointment untuk apa.

Kebiasaanya, first step ialah ujian scan kesuburan untuk lelaki (sperm test) dan perempuan (ultrasound).

Semoga niat dan usaha untuk korang berubat dengan Dr. Hamid juga dipermudahkan. 

You May Also Like

2 Comments

  1. salam sis,
    cepat tak dapat appointment date dari clinic? and dengan doctor hamid sendri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cepat dapat date and dengan Dr. Hamid sendiri.

      Delete